-->
LIFE GOES ON
:::By the name of Allah the Most Merciful and Benevolent:::
BLUSTER007


Monday, May 12, 2008
Bz tapi slow n steady

Life goes on....


|||Coming soon for those who need Streamyx|||

Posted at 06:30 pm by bluster_7
Make a comment  




Tuesday, June 26, 2007
Dah lama aku tak menulis...

Assalamualaikum wbt..

Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Banyak peristiwa dan menda yg aku buat sepanjang 6 bulan menyepi. Kalau nak tengok gambo2 nye, boleh pi sendiri kat Frenster, kat situ aku upload mendalah2 tu.

Sedar tak sedar, dah dekat 2 tahun aku kejer kat telekom. Kereta aku tu pun dah masuk tahun ke-2 aku pakai. Walaupun harganya drop sampai Rm 11000, aku tetap berhasrat tidak akan membeli kereta berjenama Proton selepas ni.

Dalam dunia bisnes plak, byk menda yg aku belajar. Aku dah tubuhkan SZ Engineering and Services untuk syarikat Enterprise. Untuk syarikat Sdn Bhd, aku, abg Ciku dan abg Muslim setup HSM Utama Sdn Bhd untuk pasarkan produk Hydrofuel Car Systems, alat untuk membolehkan kereta bergerak menggunakan air. InsyaAllah, selepas ni kami berhasrat untuk memasuki pasaran Global bersama-sama dengan Jai Resources SB dan Jai Network Holdings SB.

Selain bisnes penjimat petrol dan kereta pakai air, aku jugak plan nak buat projek agriculture (tanam pokok pisang dan fertigasi lada) dan futsal sport planet kat Kemaman. Tengok laa satu-satu... yang mana dapat buat dulu, kita jalan dulu.

Untuk studi plak, aku dah nak masuk 3rd sem di UM. Tajuk tesis dah decide lagi. Maybe buat WSN - wireless sensor network. Uhuhuhu...kene bagi masa dah ni, kalu tak, tak sempat aku nak grad sem depan...

Untuk future plak, insyaAllah dalam tahun depan aku plan nak carik tangga umah. Rumah tgh repair2 bagi kukuh sket, tangga mungkin tambah tahun depan. Dapat laa masuk umah kalu dah ade tangga nanti :)

Tu je kot, walaupun banyak lagi xceli. Takpe, ade masa aku cite  lagi... ws


Posted at 04:18 pm by bluster_7
Make a comment  




Friday, January 12, 2007
Hiburan.... Jalan ke....?

Minggu lepas, aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg
best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak ustaz zawawi (bekas
pensyarah aku) jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey
raihan...terus aku terlekat...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa,
di hoskan oleh rosyam nor

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal
malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa
hiburan...contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup
dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak,
memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk
kita berhibur

Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada
pergaulan bebas..tidak melalaikan..
Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam
tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah
tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu
& anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan
kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau
sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan
jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut
bukanlah muhram, yakni halal berkahwin...maka mereka sememangnya tidak
boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu
& anak...di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan
sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi
filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup
aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...

ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah
adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata,
hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia,
tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....Ustaz
zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape,
bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade
sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi
haram ler...

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh
berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga
dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun
dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan
semua org ade bakat utk berlakon...

maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...sptmane ustaz
zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal
tu...

Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua
penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip,
pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk
menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade
caranya...kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan
tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap
haram...halal tetap halal...

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi
bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana
rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya...
Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah
jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari...bukannya had-hari...hanya
islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..????

Posted at 08:49 am by bluster_7
Comment (1)  




Sunday, December 17, 2006
Kalendar Akademik 2006/07

UNIVERSITI MALAYA

KALENDAR AKADEMIK SESI 2006/2007




SEMESTER 1

Haluansiswa 1 minggu   02.07.2006 - 08.07.2006

Kuliah 8 minggu   10.07.2006 - 01.09.2006

Cuti Pertengahan Semester 1 minggu   02.09.2006 - 10.09.2006

Kuliah 6 minggu   11.09.2006 - 20.10.2006

Ulangkaji 2 minggu*   21.10.2006 - 05.11.2006

Peperiksaan 3 minggu   06.11.2006 - 26.11.2006

Cuti Antara Semester 4 minggu   27.11.2006 - 25.12.2006

  25 minggu    

       

SEMESTER 2

Kuliah 7 minggu   26.12.2006 - 09.02.2007

Cuti Pertengahan Semester 1 minggu** 10.02.2007 - 20.02.2007

Kuliah 7 minggu   21.02.2007 - 06.04.2007

Ulangkaji 1 minggu   09.04.2007 - 15.04.2007

Peperiksaan 3 minggu   16.04.2007 - 06.05.2007

  19 minggu    

       

CUTI TAHUNAN / SEMESTER KHAS

Cuti 9 minggu   07.05.2007 - 08.07.2007

atau


Kuliah & Peperiksaan 8 minggu   07.05.2007 - 30.06.2007

       




*  - Pertindihan Cuti Hari Raya Puasa

** - Pertindihan Cuti Tahun Baru Cina

Posted at 08:27 am by bluster_7
Make a comment  




Wednesday, December 13, 2006
Pergi ke Bagan Serai

This week, aku abiskan off+rest day (11-13 Dec 06) aku kat umah kaklong jer. Pi sana sbb teman dia ngn dua org doniČ tu. Abah dorang pi Acheh, ade kejer utk sign MoU & carik student utk skool dia, MADIWA. Kaklong citer, kat sana ada gak student yg nak continue studi kat sini.

Aku bertolak pagi tu ke Puduraya, around 1030 11/12. Sampai sana dah around 1100. CarikČ, dapatlah bas kul 1230. So, aku bagitau kaklong, maybe aku sampai around 1630 cmtu. Naik bas Konsortium jer sbb bas lelain cam tak stable sgt. Konsortium ni, bas dia ada every hour ke Kamunting. Kalu tak silap, situ kira branch besar dia gak. Yang aku tau, Konsortium ni customer TM yg pakai service SMI Link. Kat bawah ni dia punyer gambarajah cloud utk lebih paham....



Bila aku sampai jer, kaklong dah sampai nak amik aku kat Kamunting. Kesian dia, sbb first time drive sampai situ. Takut jer dia kata masa drive tu. Before balik, aku n Kaklong pi shopping kat Fajar Supermarket dulu. Dia beli lauk nak masak malam ni nanti. Bila balik semula ke Bagan Serai, aku je drive. Terus gi amik doniČ comel aku kat umah pengasuh Nadiah. Sonok dapat jumpa budakČ kecik tu. Dorang pun dah windu kat Acu dia yg ensem ni...

Posted at 12:30 am by bluster_7
Comment (1)  




Sunday, December 10, 2006
swimming kat platinum apartment

huhuhu...pagi ni aku tak kejer, so aku ngan my bro, Atan pi mandi/swimming kat Platinum Victory Apartment Tmn Melati. Selamba jer redah naik motor masuk dlm. Pak Guard siap sound lagi, tp kitorang redah jer sambil angkat tangan...ehehheeh...

Pagi-pagi tak ramai lagi orang mandi, so kitorang pun siap2 memakai pakaian renang dari paras pinggang sampai ke lutut. Mandi mandi gak, aurat kena tutup beb...

Masa tu dah around pukul 9.15am. Plan nak turun kul 8am tapi aku cuci keter dulu. Kotor siot, cian baby aku tu. Dah laa asyik kene lenjan jer, basuh pun jarang2. Tapi sbb aku tuan yg baik, maka aku basuhkan jugak tanpa menghantar ke tempat cuci keter berbyr.





Terjun perut dulu :)
*korang tgk kat budak yg ada kat sblh aku, abis kene percikan air tsunami. Sepatutnya aku terjun dgn meluruskan kaki dan menjunamkan kepala. Barulah markah percikan air tinggi...uhuhuuh..


Posted at 06:13 pm by bluster_7
Make a comment  




Sunday, December 03, 2006
Rekod kerja tanpa henti..

Hari ni aku kerja 4 shift tanpa henti a.k.a fourtrick...
pagi+petang+malam+pagi = (7+7+10+7=37 hours)

Walaupun banyak problem semalam tp aku raa cam bes sgt sbb dpt solve a few major problem. Customer pun paham sbb aku follow up ngan dorg n explain pasal ape yg berlaku. Escalation process pun aku buat ikut prosedur supaya bos2 aku tau yg ader problem.

Aku ngantuk arr.....kejer cam pak guard jer...






Posted at 07:30 am by bluster_7
Make a comment  




Monday, November 20, 2006
Final Exam MASTER in TELECOMMUNICATIONS

Uhuk...exam kali ni ada 2 perbezaan ketara yg aku leh compare ngan degree.
1) Open book
2) Soklan yg senang - copy paste je, yang susah - fenin siot.

Utk subjek Intro to Telecommunications:
Subjek ni kira kacang laa dengan syarat ader semer source utk soklan tu. Aku dpt gak laa jawab semua, tp tak 100% confident. Ada 2 sub Q yg cam penin jer. Ada 1 soklan tu, sibaik arr member sebelah bawak buku lebih, dpt gak aku pinjam dan jawab. Klu tak, blur siot utk GPRS.

Utk subjek Analysis&Design Telecommunication N/W:
Ada 3 soklan. Q1-15 mark, Q2-15 mark & Q3-70. Letih siot, Q3 tu....70 mark terus. Banyak betul kener buat, kalu confirm trus takper, ini kan kener pk lama giler then kene calculate panjang nak m******s. Nak tanak, aku hanya mampu berserah bila aku jawab tak sampai pun 100%, around 80% jer soklan terjawab, itu pun kalau betul.

Harapan aku, aku dpt clearkan dedua subjek ni. Hopefully result kali ni >3.30. Bukannya aper, jeles giler bila senior kata dorang bleh skor >3.50 senang2 jer.

Berusahalah utk sem depan!!!!!!!!!

Posted at 07:47 am by bluster_7
Make a comment  




Wednesday, October 25, 2006
Hari Raya Aidilfitri

Tahun ni aku leh balik kg beraya sbb aku tak kejer time raya. Tapi next year turn aku lak jaga NOC masa raya. Uhuk...msti sedih jer. Raya haji yg lepas, aku kejer mlm.... bila balik nak smyg raya jer, dah abis dah smyg. Aku pun balik umah n trus balik kg. Paper pun raya tahun ni meriah gak sbb dapat balik kg jumpa sedara mara. Kaklong pun balik bawak anakČ dia yg comey2.




Posted at 05:48 am by bluster_7
Make a comment  




Monday, October 23, 2006
Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... .dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... . sayangilah ibumu... .
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... . krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka... .jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Lihatlah... ..betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu... ."

Posted at 08:49 pm by bluster_7
Make a comment  




Next Page


SHARUDIN MOHAMAD ZAIN SOO
26 Oktober 1982
Kluang, Johor
bluster_7@yahoo.com
Sek Keb Kertau, Chenor
Sek Keb Galing, Kuantan
Sek Men Sains Dungun, Trg
Universiti Multimedia, kampus Melaka
BEng(hons)Electronics majoring in Telecommunications
Menara TM
Bionicle art n design
BaTch sd9599
AluMni SMSD







<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

HADITH HARI INI

..::Welcome to My iAlbum::..


   

|WakTu SoLAt|



--::Buddies BlOgGerS::--

Jaslanz
Diq
Kak Kemar
Wanie
Abg Dwen
Reriki
Kak Ita
Bluehyppo
Kak Nadrah
AdiYuSeri
Kak Syima
Cikgu Siti
WanZu KI
Kak Sarah




HP Computer Coupons

Quick links:

























Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed