 |
 |
 |
 |
 |
|
Saturday, October 21, 2006
Posted at 11:50 am by bluster_7
Permalink
Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut…) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.
Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri.Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut
dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?
Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !
Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.
Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata,
“Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was†. Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, Kak Nani dengan pantas mencelah, “Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ...â€
“Biarlah betul-betuk kak†kata saya . Jawab kak Nani, “kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kamiâ€
Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, “dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini†, sambil dia menggoyang-goyangka n lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...
MORAL OF THE STORY : KLU NK KAWIN LAIN DGN RESTU ISTRI, PASTIKAN JADI SUAMI YG X HAMPEH..
Posted at 01:15 am by bluster_7
Permalink
Muke depan akhbar ari ni kate Dr M
sedia jumpe PakLah.....
Tapi kan...Citernyer. ...AlKisah
nyer lah..... Sebelum ni...
Mereka dan berjumpa di ruang
udara....dalam Helicopter.. ...
Mereka berbincang sambil di dengar
olehnPilot heli tsb.....
Pak Lah : Dr M,....U
know, If I throw 2 keping note seratus kat bawah...
Dua Orang akan Happy....... ...
Dr
M : Hei Pak Lah, Awat lah hang ni.....Aku ni
dulu mentor hang tau....Tentu aku lebih
cerdik...Hang tau tak.....Kalau saya taboq 200 keping note seringgit kat
bawah..
200 orang akan lebih happy...Hang tau tak???
Pak Lah : ...Terkedu.. .tak dpt
nak kate ape........
Dalam mendengar perbualan itu,
telah di sampuk oleh Pilot Heli tersebut.... ...
Pilot Heli:
Hello...Excuse me..... saye ingat lah kan...kalau citer bab Happy2
ni.....
Kalau saya dapat buangkan awak berdua ke bawah....Rasenyer. .
Berjuta yang akan Happy.......
Kalau yang faham tu faham lah, tak
faham tu nasib lah.....
Ba bye..
Posted at 01:10 am by bluster_7
Permalink
Friday, October 20, 2006
Arini aku gi KLIA right after kerja. Nak amik kawan nyer mak kat sana baru balik dari Jeddah. Around 9am aku dah sampai sana. Mak member ni plak scheduled sampai around 1045am. So we just go around the KLIA to see the airport view. Haze make the scenery not so clear, and our visibility is very limited, up to 500 meters only.
Around 1007am, the Saudi Flight landed on the airport. So, we waited for about 30 minutes to see the passangers to come out from the custom inspection.
Lepas tu pegi menara TM, sbb nak gi Bank Islam. Her father wanna bank in some money to her maksu. Then we proceeded to rumah pak ide. Rest for a while and went to Sogo for shopping. Before buka poser, we went back to rumah pak ide. After buka puasa I went back. The road was so jam. I decided to take other route to Jalan Pahang, instead via Jln Mahameru. Aku ikut jln Bkt Tunku, tp jem jugak. Banyak sangat orang kuar shopping for last minute.
Akhirnya sampai umah dah pukul 945 mlm. Uhuhuh.... KL = Jemm...
Balik mandi-tido-solat-sahur-subuh-tido....
Tapi, today is my happiest day......why....because......only God knows why
Posted at 11:14 pm by bluster_7
Permalink
Saturday, October 14, 2006
Tazkirah selepas terawikh
Assalamualaikum wbt...
Bulan Ramadhan tahun ni, tak dapat aku pegi masjid bertarawikh secara full time. Kadang-kadang kejer petang, so lps buka puasa mmg arr aku kene masuk ofis terus. Sampai laa 930pm. Lepas tu barulah aku solat tarawikh sendiri. Memang arr rasa cam tak complete, tapi kene buat jugak, sbb solat tarawikh ni adalah sunat yang dituntut. Lagi pun aku tau, ape2 ibadat sunat kita buat pun, pahala dia sama spt ibadat wajib, klu yg wajib mendapat 70x ganda pahala. MasyaAllah, pemurah betul Allah, Tuhan pencipta alam ni.
Ada dikesempatan bila aku kerja pagi, maka aku pun pergi laa bertarawikh ke Surau Taman Melati. Kat sini diorang buat 8 rakaat tarawikh, 3 rakaat witir. Before that right after Isyak, ada majlis tahlil atas arwah2 yg namanya diberikan kepada ajk surau.
Tazkirah akan bermula sebaik sahaja witir selesai. Penceramah malam tu ialah Ust Isa Deraman. Aku tak pasti sgt background dia, tp dia mmg penceramah yg mantap. Pada mulanya, aku sangkakan dia nak bercerita pasal kelebihan menuntut ilmu, rupanya itu hanya sekadar intro. Major business tazkirah mlm tu ialah pasal Hakikat Dunia.
Aku tanak citer panjang2, tapi aku nak kongsi summary daripada tazkirah tu jer.
Hakikat Dunia - Apabila kita paham dan yakin hakikat dunia yang sebenarnya, sesungguhnya dunia ni tiada apa-apa buat kita. Seperti bagaimana zuhudnya Abu Dzar setelah dia mendapat hakikat dunia yg sebenar. Rumahnya kosong umpama orang yg mahu berpindah. Padanya, dunia hanyalah tempat persinggahan dan bukan tempat utk tinggal. Kesimpulan daripada tazkirah tu ada 3:
1) Dunia diciptakan indah oleh Allah tetapi ia utk dimusnahkan. Sebaliknya manusia kekal utk dihisab.
2) Dunia ini dicipta dan dilaknat oleh Allah. Oleh kerana 3 golongan ini, maka Allah memberikan keberkatan dan rahmatNya. 1- Orang yg zikrullah 2- Orang2 alim - ulama' 3- Orang2 yg menuntut ilmu agama
3) Dunia sebagai tempat bermusafir. Semakin masa berlalu, semakin kita meninggalkan dunia dan menghampiri alam kubur & akhirat.
Setiap point ni ada elobration+kisah+hadis drpd Nabi SAW. Sbb tu bes sgt ustaz tu bagi ceramah. Barulah kita tahu, dunia ni bukan utk kita menetap dan bukan juga utk dimakmurkan sebaliknya sebagai tmpt persinggahan dan berdagang.
Posted at 11:58 pm by bluster_7
Permalink
Sunday, September 24, 2006
RAMADHAN: BULAN
MUHASABAH DIRI
Pada dasarnya manusia dijadikan Allah
dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza
mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan
persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan.
Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima
berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika
amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran &
Sunnah).
Allah amat mengetahui keadaan ini.
Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai
satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan
telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi
begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan
perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul'
jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek
ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan
jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani
hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.
Gangguan atau rintangan yang amat
mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang
utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya
untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia
supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung
masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh
kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul
kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja
dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap
kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.
Amalan puasa diwajibkan di antara
lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari
makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan
dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan.
Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa
syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya.
Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan
kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula
dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan
dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita
di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya
pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.
Pendek kata dalam bulan ini, kita
mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak
mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan
bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah
keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain,
maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan
kecapi kelazatannya sama sekali.
Setelah mempuasakan segala indera
kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang
Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah,
mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan
puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.
Walaupun tidur orang puasa diberikan
pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan
sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka
memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam
menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa
ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita
penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak
syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar
dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda
ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
Syaitan sangat suka sifat membazir
malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan
kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir
kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang
saja.
Akhirnya dapat dibuat kesimpulan
bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan
benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita
dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah
kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang
mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja;
ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita
sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya
sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika
ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya.
Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.
Posted at 12:56 pm by bluster_7
Permalink
Saturday, September 09, 2006
Midterm test for Intro to Telecommunication Network
Arini aku ader midterm test utk Intro to tele n/w. Aku studi last minute sbb takder mood nak study. Asyik ingat nak g gym jer, uhukk... tapi alhamdulillah ok. Nak tau tak nape?? Sebab test ni open book. Kalu masa amik degree camni kan best, takder laa letih sgt studi. Nak paham satu hal, nak kener hapal plak tu.
Timer kasih kat Kakemar sbb dia bagi pinjam note dia yg lengkap dan best tu. Walaupun aku janji nak banjer eskrim, tp aku hold dulu sb aku ada satu lagi test next week. Kumpul skli arr, bleh banjer eskrim kon yg besar skali tu
Posted at 12:59 pm by bluster_7
Permalink
Monday, September 04, 2006
Boikot!!! Jangan tak boikot!!!
Rakyat digesa boikot produk, minuman Coca Cola, Starbucks
BUKIT MERTAJAM 3 Sept. – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman
Malaysia) menggesa seluruh rakyat negara ini memboikot produk dan
minuman jenama Coca Cola dan Starbucks yang mengisytiharkan sokongan
terhadap pembunuhan orang awam termasuk kanak-kanak di Lebanon oleh
rejim Israel.
Pengelarasnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah tersebut bagi
memberi tekanan ekonomi kepada syarikat Amerika Syarikat (AS) itu yang
secara terbuka mengumumkan penyaluran bantuan kewangan kepada rejim itu.
AS juga telah menyalurkan bom berangkai secara perjanjian rahsia
dengan rejim Yahudi itu untuk digunakan di Lebanon. Bom yang tidak
meletup kini bersepah di bumi Lebanon menunggu masa untuk meragut nyawa
orang awam dan kanak-kanak negara itu.
‘‘Ini adalah bantahan yang mudah dilakukan oleh setiap individu sebagai pengguna terhadap keganasan Israel.
‘‘Kita mesti ingat bahawa setiap sen yang kita belanjakan untuk
membeli produk dua jenama itu sama dengan membiayai untuk membunuh
orang awam yang tidak berdosa di Lebanon,” katanya.
Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) Pegerakan Pemuda UMNO itu berkata demikian kepada
pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Batu
Kawan di Bukit Minyak dekat sini hari ini.
Muhkriz berkata, tindakan menggunakan kuasa pengguna tersebut tidak
akan merugikan pengguna kerana masih terdapat pelbagai produk jenama
lain sebagai alternatif untuk keperluan rakyat negara ini.
Menurutnya, lebih mengecewakan pemilik rangkaian kedai kopi
Starbucks di luar negara baru-baru ini dengan bangganya mengeluarkan
kenyataan berbaur anti-Islam dan menyokong peperangan di Afghanistan
dan Iraq.
Posted at 09:15 pm by bluster_7
Permalink
Saturday, September 02, 2006
Pembunuhan Hassan Al-Banna
Assalamualaikum wbt, Marilah kita sama-sama mengambil iktibar di atas peristiwa pembunuhan Iman Hassan Al-Banna. Sesungguhnya kematian beliau adalah sesuatu yg dirancang....
Pembunuhan Imam Hasan al-Banna
Pembubaran al-Ikhwan
Kegiatan dan kejayaan yang dicapai al-Ikhwan al-Muslimin telah tidak
disenangi oleh kerajaan dan pihak British. Negara Barat mendesak Kerajaan Mesir
supaya membubarkan Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin. Pasukan tentera al-Ikhwan yang
berperang di Palestin telah menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar
biasa. Justeru itu sebagai satu helah politik musuh, pada bulan November 1948,
gencatan senjata telah diadakan Palestin.
Pada 8 November 1948, Perdana Menteri Mesir mengistiharkan pembubaran
al-Ikhwan. Unit-unit tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di
Palestin itu dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke
atas al-lkhwan. Anggota-anggota al-Ikhwan ditangkap, dimasukkan ke dalam
penjara dan mereka diseksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Tindakan
tersebut telah melumpuhkan sama sekali kegiatan al-lkhwan.
Pembunuhan Imam Hasan
al-Banna
Dengan alasan untuk
mengendurkan(mengurangkan) ketegangan(konflik) antara al-Ikhwan dan kerajaan,
pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat
Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai
helah untuk membunuh Hasan al-Banna.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul
Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat
tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili
kerajaan untuk berunding, tetapi dia tak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi
untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang
matagelap menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus
melepaskan tembakan pistol dan kedua-dua mereka terkena tembakan itu. Iparya
itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Hasan al-Banna
walaupun terkena tujuh tembakan, beliau masih mampu berjalan masuk semula ke
pejabat Jam'iyyah alSyubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka
ke hospital.
Sampai di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral
Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada
Hasan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan
nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Inna lillahi wa inna
ilaihi raji'un. Moga-moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh as-Syahid,
Amin....
Pengurusan Jenazah
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada
ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan:
1)Pihak polis akan menghantarkan
jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada jam
sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan.
2)Jika tidak menerima tawaran
pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke
kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar
menyinsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan
sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar
rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak
membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah as-Syahid dibawa
masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang
mengetahui masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih
90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandi dan mengkafanikan jenazah anaknya
yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas
pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk
mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan
tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan
takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Qur'an. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat
berbuat apa-apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung
anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih
dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya
meninggalkan masjid. Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas
anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan
untuk disemadikan jenazah as-Syahid.
Pembunuhan Hasan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan
arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah
tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes
pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah
ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pemerintahan Perdana Menteri
Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pemerintahan Perdana Menteri Husin Sari.
Ketiga, pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Mustafa al-Nahhas Basya.
Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa
turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah
ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut:
*
Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan
kerja berat.
*
Pemandu kereta, Sarjan-Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman
penjara 15
tahun dengan kerja berat.
*
Major Muhammad al-Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan
kerja berat.
Kemudian setelah hubungan antara Jamal Abdul Nasir dengan al-Ikhwan
al-Muslimin semakin bertambah buruk, semua anggota perisik yang tersebut telah
dibebaskan oleh Jamal Abdul Nasir sebelum habis tempoh hukuman yang dikenakan.
Bertahun-tahun lamanya orang-orang al-Ikhwan al-Muslimin tertanya-tanya,
manakah hukuman yang dikenakan ke atas orang-orang yang bersalah itu?
Secara umumnya jelas kepada kita Hasan al-Banna merupakan seorang
pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan
pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.
Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya
masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang-pejuang dan harakah Islamiah hari
ini.
Memandangkan ajaran dan arahan yang dikemukakannya itu mempunyai nilai
yang tinggi dan signifikannya yang tersendiri, maka dicadangkan, cita-cita
perjuangan al-Ikhwan al-Muslimin dan arahan-arahan Mursyid Amnya itu kita
jadikan pegangan dan panduan hidup kita, moga-moga kita akan mencapai
kemenangan dan keredaan Allah sebagaimana yang ditegaskan oleh Hasan al-Banna
sendiri katanya:
"Saya penuh yakin, jika anda mengamalkannya dan menjadikannya
sebagai cita-cita hidup dan matlamat terakhir diri anda, balasannya ialah
ketinggian di dunia, kebajikan dan keredaan Allah di akhirat. Justeru itu anda
termasuk golongan kami, dan kami merupakan golongan anda. Tetapi jika anda
melepas tangan dan berpeluk tubuh tidak menjalankan gerak kerjanya, terputuslah
hubungan antara kami dan anda walaupun anda mengadakan berbagai majlis ceramah
dan menyandang setinggi-tinggi gelaran dan menampilkan sebesar-besar kehebatan
kepada kami. Nantilah Allah akan mengira dengan seberat-beratnya terhadap sikap
anda tidak menjalankan gerak kerja ini. Oleh itu terserahlah kepada anda yang
memilih sendiri, kami tetap berdoa untuk kami dan anda juga, muga-muga mendapat
hidayat dan taufikNya." (Majmu'ah
al-Rasa'il:3l)
Posted at 11:41 am by bluster_7
Permalink
Sunday, August 20, 2006
PAMERAN HANTU, JIN DAN KERANDA
Dato' Harun Din meragui kesahihannya
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Pameran 'Misteri,
Jin, Hantu Keranda dan...' di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam yang
berlangsung baru-baru ini mendapat liputan pelbagai akhbar dan reaksi
'hangat' orang ramai kerana 'hantu-hantu' yang dipamerkan didakwa
sebagai asli dan bukannya replika.
Malah, dilaporkan bahawa hantu-hantu tersebut seperti Langsuir
yang dipamerkan dikatakan masih bernyawa kerana rambutnya semakin
panjang, Toyol dikatakan boleh hidup semula jika dipuja manakala bagi
sesiapa yang bernasib baik akan 'bertemu' pocong dalam waktu-waktu
tertentu. Namun dakwaan ini telah disanggah oleh Timbalan
Mursyidul Am PAS dan pengamal perubatan alternatif Islam terkenal,
Dato' Dr Haron Din, bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah, bahawa
makhluk halus ini boleh ditangkap dalam bentuk rupa asal mereka. Katanya,
hantu seperti pocong, langsuir, toyol adalah jenis makhluk halus
mengikut kepercayaan orang melayu dan dalam al-Quran makhluk halus ini
disebut sebagai Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrit. "Saya ragui kesahihannya kerana ia berlawanan dengan ayat al-Quran tentang makhluk halus," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata, dalam sepotong ayat al-Quran menyatakan,"sesungguhnya mereka (mahkluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka." Namun
demikian, katanya Allah mengizinkan makhluk halus menyerupai rupa
bentuk seperti ular hitam yang menakutkan, bayang-bayang, angin ribut
dan sebagainya. "Yang saya tahu, makhluk halus boleh dilihat dengan rupa bentuk yang lain tetapi bukan dalam bentuk asal mereka,"katanya. Beliau
mengisahkan pernah berlaku, ada iblis yang menganggu Rasulullah s.a.w.
ketika solat lalu Rasulullah s.a.w. menangkapnya dan terlintas nabi
untuk menambat makhluk tersebut di salah satu tiang masjid, sehingga
dapat dilihat dan dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah. Namun
niat itu dibatalkan kerana katanya, Rasulullah teringat kepada sepotong
ayat Al-Quran, yang merujuk kepada Nabi Sulaiman a.s. yang telah pun
memohon kepada Allah untuk memberinya kuasa luar biasa dan kuasa
memiliki semua jenis makhluk halus, angin dan awan yang tidak boleh
ditiru atau dimiliki oleh mana-mana manusia selepasnya dan sehingga
ini, tidak ada satu riwayat daripada para sahabat yang pernah melihat
melihatkan mahkluk halus yang ditangkap oleh Rasulullah itu. Katanya,
dalam Perang Badar, ada juga kumpulan iblis menyerupai rupa bentuk
manusia untuk membantu tentera musuh, yang akhirnya cabut lari setelah
berhadapan dengan tentera Islam dan semua kisah ini menunjukkan mahkluk
halus boleh menyerupai pelbagai rupa tetapi tidak kepada bentuk asal
mereka. "Saya khuatir makhluk halus yang dipamerkan hanyalah
'dummy' ataupun muslihat berbentuk sihir oleh pencipta-penciptanya
untuk mempengaruhi dan memperdaya masyarakat." katanya lagi. Sebaik-baiknya,
bahan-bahan ini dibuat kajian terlebih dahulu dengan mengabungkan
kepakaran ahli agama dan ahli-ahli saintis supaya dapat membuktikan
bahawa ini adalah mahkluk halus ataupun tidak tanpa mempamerkan
terlebih dahulu kepada orang ramai. "Bukti yang ada hanyalah
bersandarkan dakwaan-dakwaan pihak-pihak tertentu seperti dukun ataupun
bomoh yang dicurigai kesahihannya," katanya lagi. Seperti contoh
katanya, mumia yang tubuhnya kekal hingga ke hari ini, kajian saintifik
mendapati bahawa paru-parunya dipenuhi air akibat lemas di laut dan
bila dirujuk kepada al-Quran ternyata benar bahawa beliau adalah Firaun
yang cuba membunuh Nabi Musa a.s. di laut merah dan ini menunjukkan
bahawa kajian menyeluruh daripada ahli sains dan ahli-ahli agama dapat
membukti kesahihan satu-satu perkara. Ditanya tentang persoalan
akidah berkaitan kehadiran orang ramai yang ingin mengenali
'hantu-hantu' tersebut, beliau menyifatkannya sebagai fitrah dan naluri
manusia yang ingin tahu dan malah Islam menggalakkannya kalau ianya
bersifat ilmiah. Namun katanya, objektif penganjur dipertikai
kerana kalau ianya berbentuk ilmiah dan menambahkan pengetahuan
perlulah dijalankan kajian secara menyeluruh dan wujud bukti-bukti yang
sahih sebelum dipamerkan kepada orang ramai. Malah katanya beliau
sangsi tanggapan bahawa pameran tersebut dapat menambahkan ketaqwaan
dan keimanan mereka kepada Allah setelah mengenal makhluk halus
tersebut. "Sedang suasana persekitaran, cerita dan babak di
pameran tersebut dibuat untuk menyeram dan menakutkan lagi orang
ramai.Sepatutnya pameran sebegitu menambahkan lagi keberanian kita dan
membuktikan kita boleh 'menguasai makhluk tersebut tetapi merujuk
kepada laporan akhbar ia adalah sebaliknya," katanya. "Seumpama ibu dan ayah menakut-nakutkan anak-anak mereka supaya tidur, tujuan baik tetapi kaedahnya sangat negatif," katanya. Kelihatan sosok manusia tanpa kepala (kanan-berpakaian hitam)
Posted at 06:59 am by bluster_7
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |